Background



Fahmie-lead photographer







Ungustudio Ent diterajui oleh saudara Muhammad Fahmie dan merupakan juga lead photographer syarikat tersebut mempunyai 2 jurugambar tambahan bila suatu event diperlukan.Meminati seni foto sejak dibangku sekolah.Cukup sekadar berjinak-jinak dengan 'point n shoot' kamera kerana kekangan kewangan waktu itu.Angan-angan untuk memiliki SLR berkubur.Mendapat pendidikan awal di High School Segamat ,Johor dari 1995 hingga 1999.Pada tahun 2001-2002 melanjutkan Pelajaran ke UitM Shah Alam selama satu tahun mengambil Sijil Teknologi Maklumat(Multimedia).Pada 2002-2005 melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam jurusan Diploma Sains Komputer di Negeri Sembilan.Tahun 2009 merupakan tahun kebangkitan semula menceburkan diri dalam arena fotografi. 'Trend ' kini nyata berbeza dengan teknik fotografi terdahulu.Namun pantas mengadaptasi diri dengan trend semasa.Pelbagai metafora diselitkan dalam sebuah karya seorang jurufoto. Matlamat utama syarikat adalah memberikan kepuasan kepada client dengan harga yang berpatutan.